Showcases

Background Image

Pantas & Mudah dengan MBIKE!

Cepat & Efisien

Proses yang cepat dan efisien dengan teknologi terkini disamping dapat mengurangkan masa pemeriksaan manual

Laluan Khas MBIKE

Laluan MBIKE diperkukuh dengan sistem keselamatan yang mudah untuk digunakan oleh semua penunggang motosikal

Laluan Tambahan MBIKE

Tambahan laluan motor bagi mengurangkan kesesakan perjalanan anda ke destinasi yang dituju di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB)

Teknologi Imbasan Terkini

Hanya perlu imbas Pasport dan Cap Jari di setiap lorong mBike yang disediakan. 

Lokasi Pendaftaran MBIKE boleh dibuat di :

1. PUSAT SEHENTI MBIKE (BSI), Laluan Motorsikal Masuk Dari Singapura ke Malaysia,Bangunan Sultan Iskandar,Jalan Lingkaran Dalam,80300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

2. PUSAT SEHENTI MBIKE (KSAB), Laluan Motorsikal Masuk Dari Singapura ke Malaysia,Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor

Waktu operasi bagi kedua-dua Pusat Sehenti MBIKE adalah dari jam 09:00pagi hingga 10:00malam setiap hari. Waktu Rehat 01:00ptg-02:00ptg.

3. KIOSK MBIKE  beroperasi 24Jam sehari dan terletak di lokasi berikut:
   - Bangunan Sultan Iskandar ( 2 Unit Kiosk di Laluan masuk Motorsikal & 1 Unit Kiosk di Laluan Keluar Motorsikal )
   - Kompleks Sultan Abu Bakar ( 1 Unit Kiosk di Laluan masuk Motorsikal & 1 Unit Kiosk di Laluan Keluar Motorsikal )

Pemasangan Pelekat MBIKE adalah diwajibkan bagi semua Pengguna MBIKE.

Penggunaanya adalah mudah, hanya lekatkan di helaian kosong terakhir passport anda dan anda hanya perlu imbas Passport di mesin pengimbas MBIKE kelak. 

Permohonan boleh dibuat di Pusat Sehenti (One Stop Center) MBIKE di laluan Motorsikal Masuk dari Singapura ke Malaysia. Anda hanya perlu meletakkan motorsikal selepas melalui kaunter pemeriksaan Imigresen di kawasan yang dikhaskan dan membawa bersama Passport yang masih sah. 

Kaunter bagi pendaftaran MBIKE telah mula dibuka kepada orang ramai bermula 11 Oktober 2016.

Untuk makluman anda, tiada tarikh tutup sehingga diumumkan dari masa ke semasa.

Kriteria Pemohon MBIKE

> Warganegara Malaysia

> Berumur 18 tahun dan Keatas

> Memiliki Passport Malaysia Antarabangsa yang sah dengan tempoh sah laku minima 6 bulan

> Tiada Halangan dalam Sistem Semakan Imigresen (SSPI) - Semak disini

> Pembaharuan Pelekat MBIKE setiap kali Pembaharuan Passport dilakukan

> Memerlukan Pengambilan Cap Jari Kanan dan Kiri Pemohon

Powered by Amazing-Templates.com 2014 - All Rights Reserved.