Showcases

Background Image

Permohonan boleh dibuat di Pusat Sehenti (One Stop Center) MBIKE di laluan Motorsikal Masuk dari Singapura ke Malaysia. Anda hanya perlu meletakkan motorsikal selepas melalui kaunter pemeriksaan Imigresen di kawasan yang dikhaskan dan membawa bersama Passport yang masih sah. 

Kaunter bagi pendaftaran MBIKE telah mula dibuka kepada orang ramai bermula 11 Oktober 2016.

OBJEKTIF MBIKE

Memastikan penunggang MBIKE yang ingin keluar masuk negara adalah penunggang yang sah dan sama iaitu tidak berlaku penyamaran atau penipuan identiti dengan penggunaan teknologi biometrik dan stiker RFID untuk proses pengesahan.

Mempermudah cara dan mempercepat proses pemeriksaan berbanding cara konvensional yang perlu menyemak secara manual setiap passport disamping mengutamakan keselamatan pengguna.

Dengan tambahan laluan khasnya di Kompleks Sultan Abu Bakar, dapat mengurangkan kesesakan bagi penunggang motosikal yang sentiasa berulang-alik dari Malaysia ke Singapura.

Powered by Amazing-Templates.com 2014 - All Rights Reserved.