Showcases

Background Image

Lokasi Pendaftaran MBIKE boleh dibuat di :

1. PUSAT SEHENTI MBIKE (BSI), Laluan Motorsikal Masuk Dari Singapura ke Malaysia,Bangunan Sultan Iskandar,Jalan Lingkaran Dalam,80300 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

2. PUSAT SEHENTI MBIKE (KSAB), Laluan Motorsikal Masuk Dari Singapura ke Malaysia,Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor

Waktu operasi bagi kedua-dua Pusat Sehenti MBIKE adalah dari jam 09:00pagi hingga 10:00malam setiap hari. Waktu Rehat 01:00ptg-02:00ptg.

3. KIOSK MBIKE  beroperasi 24Jam sehari dan terletak di lokasi berikut:
   - Bangunan Sultan Iskandar ( 2 Unit Kiosk di Laluan masuk Motorsikal & 1 Unit Kiosk di Laluan Keluar Motorsikal )
   - Kompleks Sultan Abu Bakar ( 1 Unit Kiosk di Laluan masuk Motorsikal & 1 Unit Kiosk di Laluan Keluar Motorsikal )

OBJEKTIF MBIKE

Memastikan penunggang MBIKE yang ingin keluar masuk negara adalah penunggang yang sah dan sama iaitu tidak berlaku penyamaran atau penipuan identiti dengan penggunaan teknologi biometrik dan stiker RFID untuk proses pengesahan.

Mempermudah cara dan mempercepat proses pemeriksaan berbanding cara konvensional yang perlu menyemak secara manual setiap passport disamping mengutamakan keselamatan pengguna.

Dengan tambahan laluan khasnya di Kompleks Sultan Abu Bakar, dapat mengurangkan kesesakan bagi penunggang motosikal yang sentiasa berulang-alik dari Malaysia ke Singapura.

Powered by Amazing-Templates.com 2014 - All Rights Reserved.