Showcases

Background Image

Pemasangan Pelekat MBIKE adalah diwajibkan bagi semua Pengguna MBIKE.

Penggunaanya adalah mudah, hanya lekatkan di helaian kosong terakhir passport anda dan anda hanya perlu imbas Passport di mesin pengimbas MBIKE kelak. 

OBJEKTIF MBIKE

Memastikan penunggang MBIKE yang ingin keluar masuk negara adalah penunggang yang sah dan sama iaitu tidak berlaku penyamaran atau penipuan identiti dengan penggunaan teknologi biometrik dan stiker RFID untuk proses pengesahan.

Mempermudah cara dan mempercepat proses pemeriksaan berbanding cara konvensional yang perlu menyemak secara manual setiap passport disamping mengutamakan keselamatan pengguna.

Dengan tambahan laluan khasnya di Kompleks Sultan Abu Bakar, dapat mengurangkan kesesakan bagi penunggang motosikal yang sentiasa berulang-alik dari Malaysia ke Singapura.

Powered by Amazing-Templates.com 2014 - All Rights Reserved.